Semester ini berlalu dengan begitu cepat. 24 jam setiap hari berlalu seperti 5 minit sahaja. Mungkin kerana semester ini merupakan semester yang pendek yang mempunyai 7 minggu sahaja, oleh itu tidak hairanlah aku berasa masa untuk pulang ke rumah tidak lama lagi. Entah mengapa, aku benci hujung minggu. Mungkin kerana aku melihat teman-teman sekitar aku bersedia untuk balik ke rumah , kampung halaman ? manakala aku terpaksa tinggal bersendirian menikmati hujung minggu yang membosan di Kampar.
Balik kepada topik mengenai semester ini, banyak situasi telah berubah. Semester ini sememangnya tidak sama dengan semester yang lalu. Mungkin kerana orang disekitarku telah berubah. Entahlah, sememangnya semester ini kelas T6 berbeza dengan semester yang lepas. Suara riuh rendah sudah hilang bagiku. Setiap orang seperti mempunyai arah tujunya namun aku bagaikan tergapai-gapai di tengah laut yang mencari perasaan lalu. Aku ingin mencari perasaan dan kegembiraan pada semester lalu balik pada semester ini. Sesungguhnya aku tahu perkara ini tidak mungkin terjadi lagi namun mengapa aku tegas untuk mencarinya kembali nostalgia yang lalu?
Pelik manusia memang pelik dengan prinsipalnya yang tersendiri. Seperti aku yang sentiasa memikirkan perkara- perkara yang lepas dan berharap untuk balik ke dahulu. Namun begitu, tibalah masanya untuk aku bertekad untuk maju kehadapan. Aku percaya sinaran matahari berada di hadapan.... semoga masa hadapan akan menjadi cerah......
No comments:
Post a Comment